BSVN
Balai Seni Visual Negara
Balai Seni Visual Negara (BSVN) adalah nama baru bagi Balai Seni Lukis Negara yang ditubuhkan pada 28 Ogos 1958.Idea penubuhannya mula dikemukakan sejak tahun 1954 hingga 1956 oleh Majlis Kesenian Persekutuan (Malaya Arts Council) yang ditunjangi oleh Mubin Sheppard (kini Tan Sri) dan Frank Sullivan.
Penubuhan dan pengisytiharan pembukaan rasmi Balai Seni Lukis Negara (BSLN) itu disempurnakan oleh Perdana Menteri waktu itu yang juga Perdana Menteri pertama iaitu TYT Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Perasmian itu disertai oleh satu pameran sulung di Dewan Tunku Abdul Rahman bangunan tersebut yang telah disertai pelukis-pelukis seluruh negara bagai menyatakan semangat kesepakatan dan perpaduan melalui penyertaan karya-karya mereka. Sesungguhya, penubuhan Balai Seni Lukis Negara (BSLN) juga merupakan satu pengiktirafan kerajaan terhadap bidang seni lukis tanahair.
Frank Sullivan telah dilantik sebagai pentadbir Balai Seni Lukis Negara (BSLN) yang pertama. Beliau yang juga adalah bekas setiausaha kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj turut bertindak sebagai setiausaha Lembaga Amanah, Balai Seni Lukis Negara (BSLN) sehingga tahun 1970. Pada 28 Januari 1987, telah diadakan Majlis Pecah Tanah untuk bangunan baru Balai Seni Lukis Negara di sebuah tapak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Pembinaan bangunan baru ini adalah melalui proses penswastaan di antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat Yeoh Tiong Lay (YTL). Proses pembinaan siap pada tahun 1998.
Pada 13 November 1998, Balai Seni Lukis Negara (BSLN) berpindah ke premis bangunannya sendiri kini di No.2, Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur serentak dengan pelancaran Pameran Seni Lukis Antarabangsa Asia Ke-13. Premis bangunan baru Balai Seni Lukis Negara (BSVN) ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad (kini Tun) pada 27 September 2000.
0 comments:
Post a Comment