Powered by Blogger.


Pengakhiran:

Selesai sahaja pameran kami telah bersetuju untuk bergambar bersama-sama sebagai kenangan bersama lecturer kami iaitu Mr M dan Madam Yoi.Mungkin selepas ini kami semua akan membawa haluan masing-masing dan sudah tidak bertemu lagi.Semoga berjaya kepada semua rakan-rakan sekalian di masa akan datang...Insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi...byeee









Read comments


HARI KEDUA:

Pada hari kedua yang juga hari terakhir pameran kami,kami telah dikunjungi pula oleh Dekan UniKL MIIT iaitu Assoc. Prof.Dr Zalizah Awang Long.Beliau ternyata kagum dan berasa bangga dengan pencapaian para pelajar dalam menyiapkan Final Year Project.Beliau juga telah merasmikan pameran kami pada kali ini.






Read comments


Hari pertama pameran di Quill City Mall berjalan dengan lancar.Para pelajar FYP2 telah berjaya menjalankan tugas masing-masing.Pada hari pertama,kami berbesar hati dapat menerima kunjungan Tuan Presiden UniKL iaitu Prof. Dr Mazliham Mohd Su'ud bersama beberapa ahli yang lain.Beliau memuji hasil kerja para pelajar dalam menyiapkan Final Year Project.Syabas diucapkan kepada para pelajar...







Read comments

Selesai sahaja presentation FYP2,para pelajar perlu membuat persediaan untuk pameran di Quill City Mall.Segala kelengkapan perlu disediakan bagi memastikan kelancaran pameran pada kali ini.Para pelajar perlu mengerah tenaga untuk membawa semua peralatan seperti TV,meja,easel dan lain-lain.Alhamdulillah semua pelajar memberi kerjasama yang baik dalam memastikan semua kelengkapan yang diperlukan mencukupi.








Read comments



Akhirnya tarikh 14 MEI 2018 menjelma jua...Hari yang akan menjadi penentu kepada para pelajar FYP2.Sir Fauzi Naeim atau Mr M telah menjemput 2 panel luar iaitu Pengarah Urusan Glue Studios,En Tariq Md Noh bersama seorang staf beliau untuk menilai semua hasil kerja para pelajar.Manakala panel dalaman terdiri daripada Mr M,Encik Rosli dan Encik Zaky.Kepada semua rakan-rakan sekalian,semoga berjaya...
All The Best!!!










Read comments

Asssalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ini saya akan bercerita tentang tarikh FYP2 Presentation.Pada asalnya Mr M atau Sir Fauzi Naeim telah menetapkan tarikh presentation adalah pada 8 Mei 2018.Akan tetapi presentation terpaksa ditunda disebabkan tarikh Pilihan Raya umum ke-14 adalah pada 9 Mei 2018.Para pelajar Fyp2 terpaksa pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi.Oleh itu Mr M telah menetapkan 14 Mei 2018 sebagai tarikh baru untuk FYP2 presentation.Mungkin ini satu berita baik untuk para pelajar FYP2 memandangkan masih ramai belum menyiapkan tugasan mereka.

Sekian,TERIMA KASIH..

Read comments


Assalamualaikum dan bertemu kembali..
Pada kali ini,saya akan berkongsi tentang exhibition yang akan diadakan selepas FYP 2 presentation.Sy akan berkongsi tentang poster rasmi exhibition yang akan dijalankan di Quill City Mall..Poster ini bertujuan menarik lebih ramai pengunjung untuk melihat hasil-hasil karya para pelajar animasi UniKL MIIT yang mengambil subjek FYP 2..


Read comments